Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah memiliki dalil dari al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Ijma' untuk beriman kepada qadar dan qadha. Dalil-dalil al-Qur'an dan al-Sunnah berkenaan qadar dan qadha boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu dalil umum dan dalil khusus.
Dalil-dalil umum berkenaan qadar dan qadha antara lain ialah:
"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam." [al-Fatiha 1:02]
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yang telah ditentukan)." [al-Qamar 54:49]
"Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna." [al-Furqan 25:02]
"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu." [al-Thalaq 65:12]
"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu." [al-Hijr 15:21]
"Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah." [al-'Ala 87:1-3]
"Lalu Kami jadikan (air mani) itu pada tempat penetapan yang kukuh, hingga ke suatu masa yang termaklum, serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan." [al-Mursalat 77:21-23]
Di atas merupakan tujuh dari sekian banyak ayat al-Qur'an yang secara umum menerangkan Allah Subhanahu waTa'ala sebagai Tuhan sekalian alam, yang mencipta setiap sesuatu, yang memiliki ilmu berkenaan setiap sesuatu dan mengatur setiap sesuatu mengikut kadar yang berpatutan.
Termasuk dalam keumuman itu ialah kita sebagai manusia, di mana Allah adalah tuhan kita, yang mencipta kita, yang memiliki ilmu dahulu, kini dan akan datang berkenaan kita serta mengatur setiap perbuatan kita.
Kita beriman bahawa sebagai manusia tidak terkeluar dari ayat-ayat di atas, malah termasuk di dalamnya dan merupakan sebahagian darinya.
Adapun dalil khusus, maka hadis berikut menjadi rujukan ketika malaikat Jibrail 'alaihissalam bertanya:
(Jibrail bertanya): "Maka khabarkan kepadaku tentang iman." (Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam) menjawab: "Bahawa engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Akhirat dan engkau beriman kepada taqdir sama ada yang baik mahupun yang buruk."
(Jibrail berkata): "Engkau benar." (Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya)
Hadis ini jugalah yang membentuk rukun iman kita yang terdiri dari enam perkara, iaitu:
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada para Rasul dan Nabi
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada qadha dan qadar
Adapun dalil al-Ijma', yakni kesepakatan umat Islam terhadap qadar dan qadha, Imam al-Nawawi rahimahullah (667H) menerangkan:
"Sesungguhnya sudah jelas dalil-dalil yang tepat lagi padu dari al-Qur’an dan al-Sunnah serta ijma’ para sahabat dan ahli-ahli agama dari kalangan umat terdahulu mahupun kemudian di atas kesabitan taqdir Allah Subhanahu waTa'ala." (al-Minhaj 'ala Shahih Muslim bin al-Hajjaj)
Ada pihak yang mengatakan beriman kepada qadar dan qadha tidak terdapat di dalam al-Qur'an, maka dengan itu kita tidak diwajibkan beriman kepadanya. Benarkah?
Pihak yang dimaksudkan itu ialah Golongan Anti Hadis dan Islam Liberal. Mereka berkata sedemikian kerana menganggap persoalan takdir menjadi sebab umat Islam menjadi mundur lagi hina pada masa kini.
Mereka menjadikan ayat berikut sebagai dalil:
"Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [al-Nisa’ 4:136]
Memandangkan ingkar adalah lawan kepada iman dan orang yang mengingkari takdir tidak disebut dalam ayat di atas, mereka membuat kesimpulan bahawa qadar dan qadha tidak termasuk dalam rukun iman. Maka mereka mendakwa umat Islam tidak perlu beriman kepada qadar dan qadha.
Kesimpulan dan dakwaan mereka adalah salah, kerana keimanan kepada qadar dan qadha ditunjuki oleh sekian banyak ayat al-Qur'an dan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.
Sebahagian darinya telah dikemukakan dalam buku ini manakala sebahagian lagi bakal menyusul insya-Allah.
Lebih dari itu, termasuk dalam pengertian beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada al-Qur'an dan termasuk dalam al-Qur'an ialah ayat-ayat berkenaan qadar dan qadha.
Maka sesiapa yang enggan beriman kepada ayat-ayat qadar dan qadha bererti mengingkari al-Qur’an dan mengingkari al-Qur'an bererti mengingkari kitab-kitab-Nya sehingga menjadilah dia sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Demikian juga, termasuk dalam pengertian beriman kepada para Rasul ialah beriman kepada Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam dan termasuk di dalamnya ialah beriman kepada hadis-hadis baginda berkenaan qadar dan qadha.
Maka sesiapa yang enggan beriman kepada hadis-hadis qadar dan qadha bererti mengingkari Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam dan mengingkari baginda bererti mengingkari para Rasul-Nya sehingga menjadilah dia sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Wallahu a'lam.