Wednesday, June 30, 2021

Berzikir Mampu Menghindarkan Musibah

Malang memang tidak berbau. Oleh sebab itu, kita sendiri tidak boleh menjangka bilakah masanya musibah akan berlaku. Begitupun, kita sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelak daripada ditimpa musibah. Bagaimana caranya?

Musibah

Antaranya adalah dengan cara berdoa serta berzikir, yang mana dianjurkan kita untuk mengamalkan kalimah 'Lailaha ilallah'.

Perkara ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Demi yang diriku di tangan-Nya (Kekuasaan-Nya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailaha ilallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailaha ilallah) itulah yang lebih berat." (Riwayat Imam At-Tabrani)

Sebenarnya, zikir merupakan salah satu cara kita mengesakan ALLAH SWT.

Maksudnya ialah tidak ada Tuhan yang boleh disembah melainkan-Nya.

Menariknya tentang zikir ini adalah ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tidak semestinya perlu dilakukan selepas solat.

Jadi, tiada alasan untuk kita tidak boleh melakukannya, bukan? Justeru, ambillah peluang ini untuk kita berzikir.

Sesungguhnya, zikir yang dilakukan dengan ikhlas bukan hanya memberi kelebihan kepada diri kita.

Bahkan, hati kita juga akan menjadi lapang, dijauhi daripada tekanan akibat masalah yang dihadapi, banyak urusan akan dipermudahkan dan diberi ketenangan.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)

Wallahu a'lam.

Komen anda


EmoticonEmoticon