Para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menetapkan bahawa qadar atau takdir terdiri dari empat asas, kesemuanya berdasarkan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah.
Berikut dikemukakan dalil-dalil bagi empat asas tersebut:
Asas Pertama: al-'Ilm (Ilmu)
Asas yang pertama ialah kita beriman bahawa Allah Subhanahu waTa'ala sejak azali telah mengetahui segala perbuatan manusia.
Ilmu atau pengetahuan Allah bersifat menyeluruh, ia meliputi telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi dan semua ini diketahui-Nya secara terperinci.
Tidak ada sesuatu jua yang berlaku tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
Allah Subhanahu waTa'ala berfirmanyang maksudnya: "Tidakkah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah." [al-Hajj 22:70]
"Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata." [Saba 34:03]
"Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka." [al-Baqarah 2:255]
Asas Kedua: al-Khitabah (Penulisan)
Seterusnya kita beriman bahawa apa yang Allah Subhanahu waTa'ala ketahui telah ditulis dalam Luh Mahfuz (al-Lauh al-Mahfuz).
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menerangkan yang maksudnya: "Sesungguhnya (makhluk) yang awal Allah ciptakan ialah pena lalu Allah berfirman kepadanya: "Tulislah". Pena bertanya: "Wahai tuhanku, apakah yang patut aku tulis?" Allah menjawab: "Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datangnya Hari Kiamat." (Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau mendiamkannya. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, no: 4700 (Kitab al-Sunnah, Bab al-Qadar)
Semua ini berlaku lima puluh ribu tahun sebelum penciptaan langit dan bumi:
"Allah telah menulis segala takdir makhluk-makhluk-Nya lima puluh ribu tahun sebelum Allah mencipta langit dan bumi." (Rasulullah juga menerangkan) Dan Arasy-Nya berada di atas air. (Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4797 (Kitab al-qadar, Bab Musa dan Adam berhujah)
Tidak banyak yang kita ketahui tentang Luh Mahfuz. Ia adalah antara perkara ghaib yang tidak kita ketahui melainkan apa yang Allah dan Rasul-Nya terangkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
Di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, Luh Mahfuz juga disebut sebagai al-Zikr, al-Imam al-Mubin, Umm al-Kitab dan al-Kitab al-Mubin.
Perkataan Mahfuz bererti terpelihara, maka apa yang tercatat di Luh Mahfuz: "Terpelihara dari pengetahuan sesiapa. Ia adalah rahsia Allah dan Allah akan memberitahu kandungan Luh Mahfuz pada kadar yang dikehendaki-Nya dan kepada sesiapa (malaikat-malaikat petugas) yang dikehendaki-Nya."
Apa yang tertulis di Luh Mahfuz adalah muktamad sehingga ia juga disebut sebagai Taqdir Mubram. Tiada siapa yang dapat mengubah, menambah atau mengurangi apa yang sedia tertulis di Luh Mahfuz.
Asas Ketiga: al-Masyi’ah (Kehendak)
Kita beriman bahawa apa yang Allah Subhanahu waTa'ala kehendaki pasti terjadi dan apa yang Allah tidak kehendaki pasti tidak akan terjadi.
Justeru semua yang berlaku kepada manusia dan alam ini secara terperinci adalah berdasarkan kehendak Allah, sesuai dengan ilmu-Nya dan apa yang sedia tertulis di Luh Mahfuz.
Antara dalilnya ialah firman-firman Allah yang majsudnya: "Sesungguhnya Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya." [al-Hajj 22:14]
"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah juga yang memilih (sesuatu perkara sedangkan) tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari apa yang Allah pilihkan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya." [al-Qasas 28:68]
"Dan tiadalah kamu berkehendak (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan kehendak Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [al-Insan 76:30]
"Dan kamu tidak dapat berkehendak (mengenai sesuatu pun), kecuali (jika ia sesuai) dengan kehendak Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." [al-Takwir 81:29]
Kehendak Allah bukanlah seperti kehendak manusia yang sering sesuka hati, berdasarkan nafsu dan berat sebelah, tetapi kehendak Allah selari dengan ilmu, hikmah dan keadilan-Nya.
Perhatikan penghujung ayat 30 surah al-Insan di atas: "...sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Asas Keempat: al-Khalq (Penciptaan)
Asas keempat ialah semua makhluk baik zat, sifat dan perbuatannya adalah ciptaan Allah Subhanahu waTa'ala.
Allah berfirman yang maksudnya: "Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya." [al-Zumar 39:62]
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu buat itu." [al-Shaffat 37:96]
Demikianlah dalil-dalil untuk empat asas qadar.
Empat asas ini juga disebut sebagai rukun atau tingkatan takdir dan semua muslim wajib mengimaninya. Ia adalah yang paling minimum yang perlu diketahui dan diimani.
Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd – semoga Allah memeliharanya – menjelaskan:
"Iman kepada takdir berdiri di atas empat asas yang disebut sebagai tingkatan-tingkatan takdir atau rukun-rukunnya. Ia merupakan pengantar untuk memahami masalah takdir. Iman kepada takdir tidak sempurna melainkan dengan membenarkannya secara keseluruhan sebab sebahagiannya saling berkaitan dengan sebahagian yang lain. Sesiapa yang memantapkannya secara keseluruhan maka keimanannya kepada takdir sudah sempurna dan sesiapa yang mengurangi salah satu atau lebih di antaranya, maka keimanannya kepada takdir sudah menjadi rosak." (al-Iman bi al-Qadha wa al-Qadar, ms. 70-71 dengan beberapa suntingan bahasa)
Wallahu a'lam.