Dalam kehidupan seharian, tentunya ada masa dimana manusia merasa berat dan berasa lemah dan salah satu cara untuk mengatasinya yakni dengan berzikir untuk memohon kekuatan daripada Allah, bertujuan untuk memberikan ketenangan dan memohon jalan keluar.
Berikut salah satu zikir terbaik yang memiliki 17 keutamaan, yakni Laa Haula Wa Laa Quwwata illa Billah', berikut selengkapnya.
1. Bekal di Syurga
Suatu ketika Nabi SAW bersabda kepada Abdullah bin Qois, "Wahai Abdullah bin Qois, katakanlah 'Laa Haula wa laa quwwata illa billah', kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga." (HR. Bukhari no. 7386).
Zikir laa haula wa laa quwwata illa billah merupakan zikir yang penuh kebaikan hingga nantinya dapat menjadi jalan untuk mendapat benda berharga di syurga sebab itulah pengaruh zikir terhadap jiwa.
2. Meningkatkan Rasa Taat
Ibnu Mas'ud berkata, "Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah."
Zikir laa haula wa laa quwwata illa billah akan memberikan rasa taat yang lebih sebab menyedari secara langsung pertolongan dan perlindungan dari Allah sebagai tanda wujud kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.
3. Akhlak Mulia
Dari Abi Musa Al-Asy'ari r.a. ia berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?"
Maka aku menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah."
Maka beliau menjawab: "Ucapkanlah Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billah."
Jelas bahawa zikir laa haula wa laa quwwata illa billah merupakan akhlak mulia yang sering dilakukan orang soleh yang memahami alasan pentingnya akhlak mulia menurut islam.
4. Melindungi dari Bahaya
Suatu ketika di zaman dulu, zikir laa haula wa laa quwwata illa billah memberikan pertolongan untuk lepas dari bahaya sebab termasuk keutamaan berzikir kepada Allah.
Suatu ketika Al Asyja'i melaporkan kepada Rasulullah SAW bahawa anaknya yang bernama Auf telah ditawan oleh musuh.
Maka Rasulullah berpesan kepadanya agar Al Asyja'i mengutus seseorang untuk menemui anaknya dan menyampaikan agar Auf memperbanyak membaca "La Haula wa La Quwwata Illa Billah."
5. Memberikan Kekuatan
Dan zikir laa haula wa laa quwwata illa billah terbukti memberikan kekuatan dan kejayaan sebagai cara menjadi orang berjaya menurut Al Qur'an.
Maka setelah hal tersebut disampaikan dan Auf memperbanyak membaca "Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah” terjadilah bermacam keajaiban.
Betapa tidak, tali kulit yang mengikat tangan Auf tiba-tiba terlepas maka Auf pun berjaya melepaskan diri dengan menunggang unta milik musuh.
6. Jalan Keluar Segala Kesusahan
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar." (QS. Ath-Thalaq(65):2)
Memang zikir laa haula wa laa quwwata illa billah ialah jalan keluar atas segala masalah dan jalan memohon pertolongan dari Allah SWT atas segala kesusahan dan kesulitan yang sedang dihadapi.
7. Sunnah Rasulullah SAW
Rasulullah saw bersabda: "Perbanyakkanlah membaca 'La Haula wa La Quwwata Illa Billah' kerana sesungguhnya ia merupakan perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaan Syurga. (HR.Ahmad)
Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak zikir laa haula wa laa quwwata illa billah sebab menjadi sesuatu yang disukai Allah dan memiliki banyak kebaikan.
8. Penawar Segala Penyakit
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah, maka hal itu sebagai penawar baginya dari 99 penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang." (HR. Tabrani)
Segala penyakit hati dan kesedihan serta kesusahan akan hilang jika sering mengamalkan zikir laa haula wa laa quwwata illa billah sebab merupakan ungkapan doa dan berserah diri kepada Allah.
9. Mengalahkan Musuh Allah
Zaman dahulu juga ada suatu kisah tentang seseorang yang dapat mengalahkan musuh Allah ketika berperang dengan berusaha sebaik mungkin dan memperbanyak membaca zikir laa haula wa laa quwwata illa billah.
Hubaib bin Salamah rahimmullah saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng akan memperbanyakkan ucapan "Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah."
10. Memudahkan Pekerjaan
Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan, kalimat 'Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billah' mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan ketika menanggung beban pekerjaan yang sukar atau saat menghadap kepada raja dan orang yang ditakuti selain untuk menolak kemiskinan.
Berusaha sebaik mungkin dan banyak membaca zikir laa haula wa laa quwwata illa billah akan membantu memberikan kejayaan pada setiap usaha yang dilakukan.
11. Jauh dari Petaka
Makhul rahimahullah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah maka akan lenyap dari dirinya tujuh puluh pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan."
Dengan membaca zikir laa haula wa laa quwwata illa billah secara rutin akan melindungi dari segala bahaya dan dari segala malapetaka yang merugikan baik di dunia mahupun di akhirat.
12. Kalimat yang Disukai Allah
Nabi SAW yang mulia bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebuah kalimat yang berasal dari bawah 'Arsy syurga? Katakanlah olehmu: Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah, nescaya Allah akan mengatakan, "hambaKu telah menyerahkan dirinya dan meminta perlindungan." (HR Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Allah menyukai hamba-Nya yang banyak menyebut zikir laa haula wa laa quwwata illa billah sebab menjadi wujud bahawa hamba tersebut mengakui kekuatan Allah dan berserah diri pada Allah dengan tetap berusaha serta melakukan usaha terbaik yang ia mampu sehingga Allah selalu menolongnya dan memberi jalan keluar pada setiap kesulitan yang dihadapi.
13. Jauh dari Laknat Allah
"Perbanyakkanlah Al-Baaqiyaat Al-Shaalihaat, iaitu tasbih, tahlil, tahmid, takbir, dan laa haula wa laa quwwata illa billah." (HR Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim dari Abu Sa’id r.a.)
Tentunya zikir laa haula wa laa quwwata illa billah yang merupakan salah satu zikir terbaik akan menjauhkan laknat Allah sebab memiliki pahala dan nilai yang begitu tinggi di sisi-Nya.
14. Berserah Kepada Allah
Imam a-Nawawi berkata: "La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimat yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan.
Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tidak mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.
Manusia memang hanya mampu berusaha dan selain itu diserahkan sepenuhnya kepada Allah dengan membaca zikir laa haula wa laa quwwata illa billah dan segala sesuatu akan datang sendiri namun juga harus disertai usaha terbaik sehingga apa yang diusahakan berjaya dan benar-benar memberikan keberkahan untuk hidup di dunia dan di akhirat.
15. Jauh dari Penyakit Hati
"La haula wa la quwwata illa billah". Secara lengkap kita juga dapat menambahkan lafaz "alliyil adzim" yang bererti, "Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung" dihujungnya.
Boleh menambah pujian lain dalam zikir laa haula wa laa quwwata illa billah sebab akan menjauhkan diri dari rasa sombong dan menjauhkan dari segala penyakit hati yang berbahaya.
16. Mententeramkan Hati
"La Haula wala Quwwata illa billah” berulang-ulang kali, menyerahkan segenap hatinya kepada Sang Khalik, insya Allah jiwanya akan tenang, tenteram, dan segala urusan kembali kepada Allah Ta'ala.
Tentuya semua zikir termasuk laa haula wa laa quwwata illa billah akan memberikan ketenangan hati sehingga ia jauh dari hati yang gundah atau sesat.
17. Dekat dengan Allah
Ada banyak kisah mengenai zikir laa haula wa laa quwwata illa billah yang memberikan pertolongan untuk para nabi dan rasul terdahulu sebab zikir tersebut akan mendekatkan seseorang kepada Allah sehingga dengan izin Allah, kesulitan apapun yang dihadapi dapat dijalani dan dilalui dengan indah dan penuh kejayaan.
Pertolongan Allah SWT bukan hanya hak para nabi, seperti ketika nabi Ibrahim a.s. yang tetap hidup meskipun dibakar api oleh raja Namrud atau nabi Musa a.s. yang dikejar musuh dan tersudut di tepi laut hingga Allah SWT memberikan pertolongan-Nya dengan terbelahnya laut.
Ataupun nabi Yunus a.s. yang dalam keadaan putus asa terbuang dari kapal kemudian dimakan seekor ikan hiu tapi tetap hidup.
Juga ketika Rasulullah SAW dikejar musuh sehingga ke mulut gua bersama sahabat Abu Bakar as-Siddiq, tetapi musuh tidak dapat melihatnya.
Pertolongan Allah SWT yang semacam itu juga diperuntukkan kepada kaum Muslimin melalui Hawqallah iaitu lafaz "La haula wa la quwwata illa billah."
Demikian artikel kali ini dan semoga menjadi wawasan yang bermanfaat untuk kita semua amalkan dalam kehidupan seharian sehingga menjadi peribadi yang jauh lebih baik imannya. -nizamray
Wallahu a'lam.